Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Memahami bengkak kelenjar
15-Jun-2005, 12:30 PM
Post: #1
Memahami bengkak kelenjar
Info Kesihatan : Memahami bengkak kelenjar

SETIAP ibu bapa pasti runsing apabila mendapati anak mereka mendapat bengkak di bahagian kelenjar. Kelenjar yang biasa bengkak ialah kelenjar limfa dan air liur (saliva).

Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan, sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain yang akan dinyatakan di bawah. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan terhadap jangkitan penyakit.

Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu.

Kadangkala juga, seluruh kelenjar yang ada di badan membengkak. Ini boleh terjadi apabila berlaku tindak balas terhadap sesuatu ubat, contohnya ubat Dilantin yang digunakan untuk penyakit epilepsi
(sawan) atau petanda berlakunya ketumbuhan atau barah seperti leukemia dan lymphoma.

Kelenjar air liur yang terbesar terletak di antara dagu dan telinga.
Ia selalunya membengkak apabila terjadi jangkitan beguk. Manakala kelenjar limfa di anggota tertentu membengkak apabila ada jangkitan di kawasan berkenaan.

Contohnya, bengkak kelenjar limfa di leher selalunya berkait dengan masalah tekak atau telinga. Bengkak kelenjar di pangkal paha berkait dengan jangkitan di kaki atau kemaluan.

Manakala bengkak kelenjar limfa di belakang telinga mungkin berkait dengan jangkitan di kulit kepala, Rubella, penyakit Kawasaki atau jangkitan Epstein-Barr Virus (juga dikenali sebagai Infectious Mononucleosis).

Jika bengkak kelenjar terjadi di seluruh anggota badan dan diikuti bengkak pada bahagian hati dan limpa, doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian selanjutnya kerana dikhuatiri ia satu petanda masalah barah seperti leukemia atau lymhoma.

Malah, penyakit tuberculosis (batuk kering) juga boleh menyebabkan bengkak kelenjar limfa yang terjadi di sebahagian besar anggota badan pesakit.

Jika kelenjar limfa pada anggota tertentu membengkak, doktor akan melakukan pemantauan terhadap saiz dan keadaan kelenjar berkenaan dari semasa ke semasa.

Kelenjar limfa yang membengkak boleh terjadi hanya pada satu kelenjar atau sekumpulan kelenjar limfa pada bahagian anggota tertentu.

Kebanyakan bengkak kelenjar disebabkan inflamasi daripada jangkitan virus dan ini tidak memerlukan rawatan khusus.

Bengkak kelenjar limfa disyaki disebabkan jangkitan bakteria (dengan tanda kemerahan dan sakit apabila di sentuh. Nufera dapat membantu mengurangkan bengkak kelenjar yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Ini kerana minyak kelapa Dara Nufera bersifat anti virus & anti bakteria.


21-Jun-2005, 11:05 AM
Post: #2
 
info yg bagus untuk di kongsi bersama... :wink:




Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)