Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Dilemma bakal pengantin
04-Jun-2003, 11:37 PM
Post: #1
Dilemma bakal pengantin
Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan.
Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya.

Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya.. aku terpaksa menerima kenyataan
yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat
bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku
dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka.
Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan
mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita
yang
bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.

Kini, malamku terasa begitu sunyi... tidak seperti dulu sewaktu aku
bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan, ku
pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah
ke fikiranku.

Oh tuhan... mengapa ini mesti terjadi pada diriku? Mengapa sanggup kedua
ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka tahu hubungan yang
terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka mengerti bahawa aku
tidak boleh hidup tanpanya? Aku tak dapat menahan lagi kesedihan
yang ku pendam dan sebak di dadaku.

Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam! kejam!
kejaaaaam .

"Kenapa dengan kau ni?"... ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku
seraya berkata "eleh... sudah gaharu cendana pula... sudah tahu bertanya
pula orang tua nih".Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan
kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama?
Apa kata Milah nanti?"

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan
Man, Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah
kami, mak,ayah?"

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo... umur tu dah
berapa... kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal
busuk kau tu sekali? "Mangkuk ayun punya anak". Aku terkedu tak
terkata.


16-Jul-2003, 03:45 PM
Post: #2
 
Big Grin Hehehe lucu........ ada lagi cite lucu lain??
19-Feb-2008, 04:19 PM
Post: #3
 
nda berakal jua crita mu anie ah... kan blaing dah mata ku mula2 ah. nda tia jadi, putung banar eh...
25-Apr-2008, 01:55 AM
Post: #4
 
kuang kuang kuang... nasib... nasib...
aku pun sama jua dulu...

[Image: fun02.gif]

be to her virtues very kind
be to her faults a little blind
26-Apr-2008, 09:13 PM
Post: #5
 
:lol: nak lagi crita lucu... mayb aku bole bawa time onair.. hehehe jgn mare cutey cat.. ko tatap kiut..

~mouse
28-Apr-2008, 08:17 PM
Post: #6
 
adeh....buat saspen aku jak....dgn penuh jiwang ku membacanya~ hahaha
29-Apr-2008, 12:07 PM
Post: #7
 
adulahai....tergelak putry bila baca ending nya....wat penat je....tp ok gak r....t'hbur gak la hati ni.....thanks....emm...tp post tu da lama kan???nada caita baru ka???
04-Sep-2011, 08:11 PM
Post: #8
RE: Dilemma bakal pengantin
pa benda hehhehehe




Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)